Posts

FITNAH DAJJAL | Peringatan 1400 yang lalu.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Di antara fitnah terbesar yang akan dihadapi pada akhir zaman adalah kemunculan dajjal. Oleh kerana itu Nabi SAW mengajarkan satu doa sebagai satu cara untuk mengelakkan fitnah tersebut. Doa tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah bahawa Nabi SAW berdoa : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ Maksudnya : “  Ya Allah aku berlindung kepada Engkau  daripada fitnah neraka dan azab api neraka. Aku juga berlindung kepada Engkau daripada fitnah kubur dan keburukan hasil daripada firnah kekayaan dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada ...

Salimul 'Aqidah

 Salimul 'Aqidah (Bersih Aqidahnya) “Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku dan matiku, semuanya karena Allah Rabb semesta alam”. (QS. Al-An’aam : 162). Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

Kita Yang Lemah

KITA YANG LEMAH | Musuh Tidak Kuat 'Setiap kebaikan adalah sedekah' Nafsu, adalah musuh yang paling berbahaya, hinggakan Rasulullah SAW bersabda: “Musuhmu  yang  paling  ganas  ialah nafsumu  sendiri yang berada antara dua sisimu.” (Riwayat Al-Baihaqi) Siapapun kita bukan jaminan terlepas daripada ujian nafsu. Apapun gelaran dan jawatan bukan alasan terpelihara daripada godaan nafsu. Sekalipun 1000 kebaikan dan kebajikan yang telah dibuat, bukan jaminan terhindar daripada usikan nafsu. Sebenarnya kita yang lemah. Bukan musuh yang kuat. Mungkin kita lupa kisah nafsu dan akal yang telah diceritakan. Kita juga mungkin lupa yang manusia ni sebaik² makhluk ciptaan Allah swt. Kuatkan diri melawan musuh utama sebelum menawan musuh lain. Zikir dan fikir agar kita kuat, bukan lemah. #notafikir #jomkongsiyangbaikbaik

Biarlah Rahsia dan Terbuka

Image
  BIARLAH RAHSIA dan TERBUKA | Dia Maha Mengetahui 'Setiap Kebaikan Adalah Sedekah' Orang yang akrab dengan Allah lebih mementingkan kebaikan dan redaNya. Namun setiap kebaikan yang dilakukan bergantung kepada niat mereka. Niat ada pada mereka dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Setiap kebaikan adalah sedekah, maka carilah kebaikan yang membolehkan kita mendapat sedekah yang berterusan. aam #hampirselesai #jomkongsiyangbaikbaik #redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

VAKSIN vs ANTIVKASIN

Image
  VAKSIN vs ANTI VAKSIN | Fikir dan Zikir 'Setiap kebaikan adalah sedekah' Islam menganjurkan kita supaya berusaha dengan apa cara sekalipun. Mudah kata, ikhtiar dan berserah. Bukan membuat cerita dan menyambung cerita daripada seseorang yang bukan ahlinya. Malah kita sebagai yang dipimpin, akur kepada mereka yang memimpin selagi ia tidak melanggar hukum yang Allah telah tetapkan. وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ فَهُوَ حَسْبُهُ Maksudnya: Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Surah al-Talaq (3) Ada kisah sebagai panduan buat kita. Usaha mesti tetap dilakukan. Malah Rasulullah SAW turut melakukannya. Rasulullah SAW berperang dengan tombaknya dan memakai baju besi dalam pelbagai peperangannya. Baginda Nabi SAW juga memakai topi besi pada kepalanya. Rasulullah SAW juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta: اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ Maksudnya: Ikatlah (untamu), baru kamu bertawa...

Sama' (Mendengar)

Image
Sama’ (Mendengar) Sifat 20 Allah Allah Maha Mendengar apa yang diucapkan hambanya baik yang diucapkan mahupun yang disembunyikan. قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا ۚ وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ Katakanlah: "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak (pula) memberi manfaat?" Dan Allah-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Suarah Al-Maidah: 76) Dia Maha Mendengar. Setiap niatmu di dalam hati dia dengar. Maka janganlah malas untuk berdoa dan berdoa. Mohonlah kepadaNya. Dia Maha Mendengar dan suka mendengar rintihan hamba-hambaNya. Merayulah kepada yang Maha Mendengar, bukan kepada yang hanya mendengar untuk dikhabarkan. #hampirselesai #jomkongsiyangbaikbaik #redaallahlebihbaikdaripadaredamanusia

Hayah (Hidup)

Image
Hayah (Hidup) Sifat 20 Allah Allah SWT Maha hidup, tidak akan pernah mati, binasa, ataupun musnah. Dia kekal selama-Nya. وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ وَكَفَىٰ بِهِ بِذُنُوبِ عِبَادِهِ خَبِيرًا Dan bertawakkallah kepada Allah yang hidup (kekal) Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memuji-Nya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa-dosa hamba-hamba-Nya. (Surah Al-Furqan: 58) Allah kekal dan akan terus hidup. Yakini sepenuhnya kerana mudahnya, "Kita hidup di bumi kerana Allah yang mencipta yang sifatnya Hayaj (hidup).." Jangan sombong wahai diri dan sahabatku. Kita semua akan mati...Ye mati...Dia yang mecipta kita, pasti kita akan dimatikan..jangan angkuh. Hidup kita bukan nak tongkat langit... #hampirselesai #redaAllahlebihbaikdaripadaredamanusia